PIBG

PIBG ditubuhkan berdasarkan akta pendidikan. Akta itu adalah undang-undang dan semua pihak yang terbabit harus akur kepada undang-undang yang mengikat persatuan itu.

Nama PIBG itu juga secara langsung menerangkan keanggotaan persatuan itu. Persatuan Ibu-bapa dan Guru. Secara ringkasnya ibu-bapa dan guru sesuatu sekolah itu secara langsungnya menjadi ahli persatuan tersebut kecuali GB dan Pengetua yang secara automatik menjadi ex-officio atau penasihat.

Dalam pengalaman saya berurusan dengan PIBG ini banyak melalui peristiwa bila AJK tidak memahami bidang tugas mereka misalnya bila memegang jawatan mereka berkuasa atas pentadbiran sekolah sehingga ada cubaan untuk campur tangan seperti menukar guru.

Ada yang begitu bagus boleh berjalan sendiri tanpa nasihat dan bantuan bahkan ada yang berusaha menambang kewangan PIBG sehingga boleh memberi peruntukan tahunan kepada kelas-kelas terutama kelas peperiksaan.

Ada yang langsung tidak bergerak harus diingat supaya bermesyuarat. Sehingga kewangan pun diusahakan oleh pihak sekolah.

Sikap ibu-bapa juga kadang memeningkan kepala, mesyuarat agong tidak pernah datang begitu juga aktiviti sekolah, tetapi semua keistimewaan harus diberi kepada anak-anak mereka, bila ada masalah mereka lebih rela menulis surat layang atau mengadu terus kepada jabatan negeri. Ibu-bapa sebegini selalunya sering menggugut untuk “melapor ke PIBG” sedangkan dia lupa dia adalah ahli PIBG.

Begitu juga ada sebahagian guru yang seolah-olah tidak tahu mereka ahli PIBG. Bila ada isu atau masalah mereka akan berkata “itu urusan atau kerja PIBG”

Akibat dari sikap diatas selalu timbul syak wasangka yang misalnya tentang jamuan guru dihotel dibiayai PIBG. Agaknya bilalah ibu-bapa boleh bertukar sikap seperti ibu-bapa dinegara maju Jepun misalnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s